Tuesday, April 1, 2008

Kelebihan Mempelajari Faraidh

Dalil-dalil dari Kitab dan Sunnah yang menyebut pewarisan harta secara ringkas
Ayat-ayat yang Allah sebutkan tentang pewarisan harta secara terang dan jelas ada tiga:
1. Ayat yang menyebut tentang pewarisan Usul dan Furu’ iaitu:

ولأبويه لكل واحد منهما السدس مما ترك إن كان له ولد فإن لم يكن له ولد وورثه أبواه فلأمه الثلث فإن كان له إخوة فلأمه السدس من بعد وصية يوصي بها أو دين آباءكم وأبناءكم لا تدرون أيهم أقرب لكم نفعا فريضة من الله إن الله كان عليما حكيما

2. Ayat kedua pula menyebut pewarisan kedua suami-isteri dan anak kepada ibu
kemudian Allah menyebut lagi pewarisan adik beradik dan adik beradik sebelah ibu


3. Ayat ke-3: pewarisan adik beradik selain daripada sebelah ibu, iaitu adik beradik kandung dan sebelah bapa ayatnya


Apabila anda menghimpunkan semua yang di ceritakan di dalam ayat-ayat di atas dengan hadis nabi

Anda akan dapati bahawa bahawa hadis ini merangkumkan segal a hukum-hakam berkenaan perwarisan harta di mana hadis ini menerangkan pewaris baki harta setelah pembahagian ia adalah orang yang paling rapat dengan simati secara Asobah (عصبة), dan selepas itu pula pewarisan harta secara Asabah disebabkan ketaatan (ولاء) sepertimana disebutkan oleh nabi:

Semua dalil tersebut memberitahu anda bahawa seseorang mewarisi harta secara fard dan secara ta’sib . Di dalam firman Allah:

Dan sabda nabi :
الخال وارث من لا وارث له
Diterangkan pengagihan harta tarikah sekiranya tiada sesiapa pun daripada golongan fard yang terdiri daripada kerabat begitu juga tiada golongan yang mengambil lebihan harta, maka pada ketika ini harta akan diberikan kepada golongan selain mereka

Allah SWT menurunkan berbagai ilmu untuk kegunaan hambanya di alam dunia ini. Antara kelebihan ilmu Faraidh ini adalah seperti berikut:
1. Ilmu faraidh adalah satu pertiga daripada kesemua ilmu.

bersambung....

No comments: